s t o r y
count on me
about home twitter follow
credit

skins by : Jaera
Credit : css school image


Older Post > | < Newer Post
12 Hari di Tanah Arab
Friday, June 21, 2013 | 6:19 PM | 0 comments

Assalamualaikum . Alhamdulillah dalam usia yang muda aku diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki kat Tanah Suci Mekah dan Madinah . 9 hari kat Mekah dan 3 hari kat Madinah . Seriously ramai sangat orang waktu tu . Malam tu sampai terus buat umrah dalam pukul 9 lebih (WS) . Disebabkan orang terlalu ramai dalam pukul 12 lebih (WS) baru habis . Jarak dari hotel dengan Masjidil Haram 750 m . MulaII memang rasa jauh . Tapi selama 9 hari ulang alik dari situ , dekat jer sebenarnya . Waktu kemuncak orang ramai lepas solat . TambahII lagi hari Khamis malam Jumaat dan lepas Solat Jumaat . 1 jam setengah sebelum Solat Jumaat masjid tu dah hampir penuh . HariII seterusnya aku dah dapat biasakan diri kat sana . Kat Mekah ada lawatan pergi ladang unta , Hudaibiah , Thanaib (tempat Miqat) Jabbal Rahmah dan banyak lagi tempat yang aku dah lupa namanya . Haha . Then hari Isnin berikutnya mulakan perjalan pergi Madinah . Hampir 8 jam perjalanan . Macam dari Perak ke Johor . *keciknya Malaysia . Sampai Madinah dah masuk waktu Asar . Malam tu pergi Masjid Nabawi hanya untuk melihat Makam Nabi dan berdoa dekat Raudhah . Waktu pergi situ hanya Allah je tahu . Esoknya pergi Masjid Quba , Masjid 2 Kiblat , Masjid 7 , Ladang Kurma , Bukit Uhud . Walaupun cuaca agak panas tapi tak terasa panas . Malam tu sempat pergi jalanII sekejap cari barangII . Hari Rabu tu dah siapII nak balik .Aku harap dapat datang ke sini lagi nanti with the whole family dan kawanII aku . InsyaAllah .


Arah kiblat umat Islam


Buah ni dipanggil buah Arab 


Macam ni lah keadaannya setiap kali habis waktu solat


Buih unta sapu dekat muka untuk kelihatan muda 10 tahun
Haha


Jabbal Rahmah/Bukit Kasih Sayang
Tempat pertemuan Adam dan Hawa


Masjid Quba


Ladang Kurma . MacamII jenis kurma ada 


Bukit Uhud . 


Pulang ke Malaysia .